Langkah 1 : JANGAN SEKALI-KALI HIDUPKAN HP (SWITCH ON)
Langkah ini sangat penting untuk menentukan sama ada hp anda hidup atau mati buat selama-lamanya…apabila hp anda jatuh dalam air, pertama sekali jangan ON hp tersebut kerana jika anda ON kan, berlaku litar pintas dalam komponen2 elektronik hp
Langkah 2 : KELUARKAN BATERI DAN SIM CARD
Buka housing kemudian keluarkan bateri dan sim card serta memory card. Jika bateri tersebut dibiarkan selagi tidak dikeluarkan, selagi itulah ia memberikan kuasa kepada hp
Langkah 3 : RENDAM DALAM AIR BERSIH
Bagaimana jika hp anda terjatuh dalam air masin? Air masin menyebabkan komponen2 di dalam hp berkarat. Jadi selepas anda mengeluarkan bateri dan sim card, rendamkan sekejap di dalam air tawar yang bersih untuk mengeluarkan garam.
Langkah 4 : KERINGKAN HP DENGAN MENGGUNAKAN ALIRAN ANGIN
Alirkan tekanan angin yang biasa anda gunakan untuk membersihkan keyboard atau menggunakan vacuum cleaner. Asalkan aliran angin dapat mengeringkan komponen2 di dalam hp pun sudah memadai. Jangan menggunakan microwave walaupun pada suhu yang rendah kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen di dalamnya. Pengering rambut juga tidak boleh digunakan. Cara lain yang boleh dipraktikkan adalah menggunakan kipas angin yang biasa anda gunakan di rumah.
Langkah 5 : KAMBUS HP DALAM BERAS
Dengar pelik kan langkah di atas? Tetapi ini lah caranya. Letakkan hp di dalam bekas yang tertutup yang mana dipenuhi beras. Tanamkan hp, bateri dan peralatan hp lain ke dalam beras. Fungsi beras ialah ia boleh menyerap kelembapan dan mengeringkan dari kelembapan di dalam hp tersebut. Biarkannya selama 24 jam atau lebih (lagi baik kalau lebih). Selain beras, bahan yang lebih baik dari beras yang anda boleh gunakan ialah gel silika yang boleh didapati dalam botol ubat.
Langkah 6 : HIDUPKAN HP (SWITCH ON)
Selepas 24 jam pasangkan semula peralatan seperti bateri dan sim card kemudian cuba hidupkan semula. Kemungkinan hp anda boleh berfungsi adalah tinggi. Tetapi tiada jaminan hp tersebut akan berfungsi dengan elok atau hanya sementara waktu.
Kesimpulannya , langkah-langkah di atas hanyalah satu usaha untuk mencuba mengurangkan kerosakan hp. Mungkin langkah-langkah tersebut tidak berjaya atau mungkin berjaya. Tidak salah mencuba kan? =)